|
LAMAN WEB RASMI JABATAN CANSELORI UPSI Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Canselori UPSI, Jabatan ini merupakan sebuah Jabatan dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bertanggungjawab dalam perancangan dasar dan kemajuan perkembangan universiti ke arah untuk memartabatkan pendidikan yang bersesuaian dengan misi, wawasan dan objektif penubuhan universiti. Canselori menempatkan pejabat utama pentadbiran Universiti iaitu ; - Pejabat Naib Canselor,
- Pejabat Timbalan Naib Canselor,
- Pejabat Pendaftar,
- Pengurus Bahagian atau Jabatan serta staff sokongan.
Prinsip Canselori di dalam memberikan sokongan yang berkesan dan bersistematik dalam menyampaikan maklumat daripada pengurusan Universiti dan Pihak Kerajaan kepada individu atau berkumpulan serta seluruh warga Universiti. Bagi merealisasikan tujuan dan peranannya sebagai sebuah Jabatan yang penting kepada universiti, fungsi dan tanggungjawabnya telah dibahagikan mengikut Pejabat / Bahagian / Unit berikut: Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Unit Pehubungan Awam, Unit Audit Dalam. |